SITIAWAN
Sitiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung.Bandar-bandar yang berdekatan dengannya – Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota dan Ipoh. Pemimpin komunis, Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh, Sitiawan. Banyak kampung baru telah dibakar oleh komunis semasa zaman darurat. Namun Chin Peng menafikan semua itu angkara pasukannya
1.1 Chin Peng
Gabungan dua perkataan Bahasa Melayu – Setia dan Kawan, disingkatkan menjadi Setiawan dan akhirnya disebut sebagai Sitiawan dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini, tiba-tiba seekor daripadanya hilang dari kumpulan itu. Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah lekat di dalam Sungai Dindings. Gajah itu cuba bergerak tetapi makin lama makin tenggelam. Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu.
Pada mulanya kampung itu digelar Kampung Gajah Mati. Kemudian ditukar kepada Kampung Setia Kawan sempena peristiwa kematian dua ekor gajah itu itu. Sebutan Setiakawan akhirnya menjadi Sitiawan.Sekitar 1870an, kampung ini berkembang menjadi pusat pentadbiran daerah Dindings – kapal-kapal wap memasuki pelabuhan yang menguruskan eksport bijih timah dan getah.Kehadiran masyarakat cina yang berhijrah dari Negeri China ke kawasan ini memajukan lagi kawasan ini.
LEKIR
Menurut cerita orang tua-tua di sini, Mukim Lekir mula diterokai pada 1798 – diketuai Haji Ahmad Haji Laji (Tok Gandah). Nama “Lekir” berasal dari sejenis pokok yang suatu ketika dahulu tumbuh melata di kawasan kampung serta terkenal dengan keagungannya sebagai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan di Dinding ( Manjung). Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sedikit demi sedikit kegiatan perdagangan dan pelabuhan berpindah ke kawasan Tanah Merah (Lumut) dan Simpang Empat (Sitiawan).

