mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK ICT-MUHAMMAD DANIEL HAZRIEL

Nama : Muhammad Daniel Hazriel Bin Abd Rahman
Umur : 13 Tahun
Ahli : 2016

Latar Belakang
Adik Hazriel berusia 13 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidan ICT masih di peringkat awal. Beliau mengikuti kelas asas pengaturcaraan (Scratch) dan menyertai bengkel Microbit di NADI Lekir Batu 14 sejak tahun lalu.

Sebelum Penggunaan ICT/penglibatan NADI
Sebelum menghadiri kelas dan bengkel asas pengaturcaraan di NADI Lekir, adik Hazriel hanya pandai mengunakan aplikasi youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Hazriel juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain bola di padang dan menaiki basikal di kawasan kampung bersama rakan-rakan. Adik Hazriel hanya mempunyai asas tentang penggunaan komputer yang beliau pelajari disekolah.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI
Sejak mengikuti kelas ICT terutama bengkel pengaturcaraan di NADI Lekir Batu 14, adik Hazriel sudah semakin mahir menggunakan komputer. Beliau menunjuk minat yang mendalam dalam bidang pengaturcaraan selepas beliau berjaya membuat game sendiri di aplikasi Scratch. Adik Hazriel juga berjaya membuat task Microbit dengan sendirinya.