Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram telah mengadakan sesi orientasi untuk bakal pelajar tahun 1 2016 pada 31 Disember 2015 yang lalu. Program ini dihadiri oleh para semua ibu bapa dan bakal murid yang terlibat. Dipengerusikan oleh Guru Besarnya Encik Mohd Yunus Bin Abdul Razak. Para pelajar ditempatkan di kelas masing-masing sambil diiringi guru kelas untuk sesi ramah mesra dan membuat latihan serta aktiviti yang dijalankan. Tujuan latihan tersebut adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar untuk proses pengasingan kelas ketika sesi kelas sebenar berlangsung. PI1M LEKIR mengucapkan Selamat Belajar kepada adik-adik sekalian!





