mcmc
Pendidikan

Pendidikan

Tahap pendidikan masyarakat di kampung ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Semakin ramai anak muda dikampung ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading dan institusi-institusi kemahiran di seluruh negara. Semua kanak-kanak diwajibkan untuk mendapat pendidikan dan boleh mengajukan masalah mereka kepada ketua kampung atau pihak berwajib sekiranya mereka mempunyai kekangan dari sudut kewangan dan kemudahan.

Terdapat 2 jenis sekolah pendidikan awal di kampung ini iaitu KEMAS dan PASTI yang diadakan pada sesi pagi manakala sebuah Sekolah Agama Rakyat dibuka bermula jam 3 sehingga 5.45 petang. Kanak-kanak sekolah rendah belajar samada  di Sekolah KEbangsaan Batu 10 Lekir dan Sekolah KEbangsaan Sungai Tiram. Kedua-dua sekolah ini terletak lebih kurang 5KM dari sini dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 juga terletak berhampiran.

Semua sekolah ini diadakan pada sesi pagi. Kebanyakan pelajar ke sekolah dihantar oleh ahli keluarga mereka dan hanya segelintir sahaja yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau menyewa van melalui pembayaran secara bulanan.