TANJUNG UDA RIVER RESORT
FRENZY WATERARK
Pada sesiapa yang pernah melihat cerita gameshow Wipeout di AXN Asia pasti akan teruja dengan pembukaan satu taman tema air yang diberi nama Frenzy Waterpark. Konsep taman tema air ini menyerupai halangan yang terdapat di dalam cerita Wipeout tersebut. Taman tema air tersebut terletak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Walaupun nama hotel terdapat nama Pangkor namun ia bukan terletak di Pulau Pangkor, Perak.

MARINA ISLAND

Jarak : 24.6km Masa: 30minit
Marina Island terletak di Teluk Muruh, Manjung Perak. Selain kawasan persekitaran yang cantik,
ia juga tempat yang menarik untuk memancing, bercuti bersama keluarga serta melihat matahari terbenam “Sunset“.
SWISS GARDEN

Jarak : 33km Masa: 40minit
Swiss-Garden Resort & Spa Damai Laut merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan keluasan 425 ekar. Resort yang berhadapan dengan Selat Melaka dan Pulau Pangkor ini menjadi keindahan dan keunikan alam semulajadi daya tarikan kepada pengunjung. Selain itu, Resort yang terkenal dengan kemudahan padang golf 18 lubang ini juga menyediakan fasiliti seperti spa dan kemudahan-kemudahan rekreasi seperti trek merentas hutan dan sebagainya.
BUKIT ENGKU BUSU
Jarak :24km Masa: 30minit
Bukit Engku Busu terletak dibelakang Balai Polis Daerah Manjung dibandar Lumut. Bukit ini sesuai untuk aktiviti Jungle Trakking,trek untuk pengunjung telah disediakan sehingga ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, penginjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut.