NADI Batu 14 Lekir merupakan satu projek kerajaan di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS). Program ini memfokuskan kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Sebelum ini, PIM dikenali dengan nama Pusat Jalurlebar Komuniti atau ringkasannya PJK. Penukaran nama yang bermula pada penghujung 2012 ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira peringkat usia, jantina, bangsa, agama, taraf sosial dan kepelbagaian politik. Secara ringkasnya, NADI untuk semua.
Setiap NADI dikendalikan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus. Semua petugas adalah di bawah seliaan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
OBJEKTIF NADI
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI
- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI NADI
- capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
- perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar
- kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian
- perkhidmatan mengimbas, mencetak, memfotostat, pembayaran bil, upah menaip
- program latihan ICT dan pembangunan modal insan
- aktiviti berkaitan seperti bengkel yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus