LAPORAN TUNGGU 16
TUNGGU 16 telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan lagi perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui perlaksanaan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu. Inisiatif ini bertujuan dalam memastikan akses media sosial bersesuaian dengan umur serta melindungi pengguna khususnya kanak-kanak daripada ancaman atau penipuan dalam talian. Selain daripada itu, inisiatif ini dilaksanakan bertujuan memastikan kanak-kanak lebih bersedia dari segi emosi, mental dan keselamatan digital sebelum menggunakan media sosial.
OBJEKTIF
1. Melindungi kanak-kanak daripada terlibat atau terdedah kepada ancaman dalam talian seperti scam, buli siber, judi dalam talian atau kandungan seksual kanak-kanak.
2. Menggalakkan penggunaan media sosial dengan lebih selamat dan matang, dengan menunggu sehingga umur 16 tahun sebelum mempunyai akaun media sosial.
3. Dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga tentang keselamatan digital anak-anak.
Lihat Gambar