mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN PROGRAM BERSAMA AGENSI

  • Tarikh : 27 April 2026 | Isnin
  • Masa : 10.00 a.m. – 2.00 p.m.
  • Lokasi : NADI Kampung Batu 14, Lekir
  • Agensi : Tabung Haji, PTPTN, PERKESO, KWSP dan Hong Leong Bank.

OBJEKTIF

  • TABUNG HAJI : Memberi pendedahan tentang perkhidmatan dan manfaat yang ditawarkan oleh Tabung Haji seperti simpanan, pelaburan dan persediaan ibadah haji.
  • PTPTN : Menyampaikan maklumat berkaitan kemudahan pembiayaan pendidikan, bayaran balik pinjaman dan insentif pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • PERKESO : Meningkatkan kefahaman peserta mengenai perlindungan keselamatan sosial, faedah pekerjaan dan skim perlindungan yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • KWSP : Memberi penerangan tentang kepentingan simpanan persaraan, pengeluaran dan perancangan kewangan jangka panjang melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Hong Leong Bank : Membantu peserta memahami kemudahan perbankan, pengurusan kredit, dan produk kewangan yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank.
  • Secara kesimpulannya, program bersama agensi yang dijalankan ini dapat mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara agensi dan komuniti bagi meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

AKTIVITI

  • Setiap agensi menerangkan, memberi pendedahan dan membantu peserta dalam melibatkan diri yang ditawarkan serta kelebihan yang diperolehi oleh pihak agensi masing-masing.

Lihat Gambar