mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN : KAUNTER PERKHIDMATAN AGENSI

TARIKH  : 14 MEI 2024
MASA      : 9.30 pg – 2.00 ptg
TEMPAT  : NADI LEKIR BATU 14

 

TUJUAN : 

  • Memberi kemudahan kepada komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan
  • Menjalin kerjasama bersama agensi dalam membantu komuniti mendapatkan perkhidmatan terbaik dekat kepada mereka
  • Mempromosikan kewujudan NADI melalui penglibatan agensi

AKTIVITI : Antara agensi yang terlibat adalah KWSP Manjung, Lembaga Tabung Haji Sitiawan, CO-OP Bank, FAMA Manjung dan MARA. Pihak FAMA berbesar hati membuat jualan kombo (Ayam, Sayur, Santan dll) untuk komuniti sekitar di NADI Lekir. Selain itu, para pengunjung mengambil kesempatan ini untuk berurusan dengan agensi yang terlibat terutama usahawan sekitar. Mereka mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kemudahan dan pembiayaan perniagaan yang mereka boleh mohon.