mcmc
Kesihatan

Kesihatan

Photo1336

KLINIK DESA KAMPUNG BATU 8 LEKIR

Klinik ini merupakan klinik utama bagi semua penduduk di kawasan lekir termasuk Kayan. Ianya terletak kira-kira 6km dan menawarkan semua jenis rawatan termasuk pesakit luar, rawatan secara berkala, rawatan ibu dan anak, rawatan pergigian, rawatan kecemasan untuk kecederaan ringan dan mencuci luka, bahagian farmasi dan bahagian kimia untuk pengambilan darah dan air kencing. Dibuka pada setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad(kecuali untuk kes-kes kecemasan), klinik ini telah melalui pelbagai proses transformasi termasuk dari segi fizikal dan prosedur rawatan.

Jika terdapat kes-kes yang serius, pesakit akan dirujuk ke Hospital Manjung. Doktor bertauliah pula akan memberi rawatan pada hari Rabu dan Khamis. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit yang sudah membuat temujanji. Selain itu, klinik ini juga aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti senamrobik, gotong-royong atau ceramah-ceramah kesihatan bersama penduduk kampung selain khidmat berkhatan.

Selain Klinik Desa Kampung Batu 8 Lekir, terdapat juga klinik rawatan khusus untuk ibu dan anak di Kampung Batu 10 Lekir. Para ibu dari Kampung Batu 14, Batu 10, Sungai Tiram, Kampung Kayan dan kawasan sekitarakan dilayan oleh para jururawat yang telah dibahagikan mengikut kawasan masing-masing. Selain rawatan, ceramah mengenai kehamilan dan khidmat nasihat juga disediakan disini selain khidmat lawatan dari rumah ke rumah mengikut keperluan. Di klinik ini terdapat 4 orang jururawat bertugas selain pekerja sokongan seperti tukang sapu. Klinik ini dibuka setiap hari kecuali Ahad mulai jam 8pagi hingga 5petang atau bergantung kepada jadual temujanji.

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak