mcmc
Keselamatan

Keselamatan

10933207 1226092120838472 257913034 n

Kampung Batu 14 Lekir tidak mempunyai Rukun Tetangga. Balai polis terdekat disini terletak di Kampung Batu 8  Lekir bersebelahan klinik Batu 8 Lekir manakala balai polis utama terletak di Pusat Bandar Manjung. 

Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung
Polis Diraja Malaysia,
32200 Lumut, Perak.
05-6899222

Jika terdapat kenduri-kendara di kawasan tepi jalan, khidmat RELA digunakan untuk mengawal lalu lintas. Walaupun mempunyai struktur jalan raya yang baik, kawasan ini merupakan antara kawasan panas kemalangan terutama di kawasan sekolah. Selain itu, kawasan Kampung Kayan juga merupakan hot spot kemalangan jalan raya yang difahamkan berpunca daripada unsur-unsur mistik. 

Walaupun tidak mempunyai Rukun Tetangga, tahap keselamatan di kampung ini masih terjamin. Walaupun terdapat juga kes-kes kecurian seperti curi motor dan pecah masuk rumah namun ia tidak berada di tahap yang membimbangkan. Setiap penduduk kampung sentiasa ada untuk satu sama lain tanpa mengira masa dan ideologi politik.