mcmc
Kemudahan Asas

BATU 8 LEKIR : KRONOLOGI SEJARAH MASJID

18319210 1369877899725542 6840121841759853524 o - Copy

 

 

 

  • Masjid Pertama

Masjid Tok Gondah Belukar Cabai telah dibina seawal tertubuhnya Kampung Lekir sekitar tahun 1798 Masihi terletak di tepi Muara Sungai Lekir atau Parit Besar Lekir, berhampiran Tanah Perkuburan Islam Baruh (kini dikenali sebagai Pasir Pandak). Namun Masjid tersebut telah musnah ketika banjir besar melanda Lekir pada tahun 1926 Masihi. Tapak Masjid Belukar Cabai masih wujud sehingga kini dan telah dipagar bagi menjaga kesuciannya dan ditadbir oleh pengurusan Masjid Al Rahmaniah Bt 8 Lekir.

 

18319210 1369877899725542 6840121841759853524 o

 

  • Masjid Kedua

Masjid Al Rahmaniah Tebing Tinggi telah dibina setelah berlaku banjir besar yang mengakibatkan kerosakan besar pada keseluruhan asas binaan masjid. Masjid kedua ini pada asalnya di gelar Masjid Tebing Tinggi kemudian diberi nama baru iaitu Masjid AlRahmaniah. Masjid ini telah dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Perak Raja Alang Iskandar Shah iaitu Sultan Perak ke 30 pada tahun 1927 Masihi. Penambahbaikan berlaku setelah 30 tahun berlalu dengan menukar dinding papan kepada dinding batu. Selepas itu sebuah menara tinggi berbentuk bulatan silinder sebagai mercu tanda masjid berjaya didirikan pada tahun 1959 Masihi. Kini setelah beroperasi selama 90 tahun, Masjid Al Rahmaniah akan dijadikan Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran & penarikan tauliah diri Jumaat telah dibuat oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak pada 05 Mei 2017. Masjid ini bakal kekal menjadi bangunan sejarah di Mukim Lekir ini dan segala infak dari pewakaf diharap akan terus mengalir Ianya juga akan kekal dengan nama Masjid Al Rahmaniah dan tidak akan diubah.

 

18342423 1368632013183464 4321385670495566381 n

 

  • Masjid Ketiga

Nama Masjid Haji Isa di ambil sempena nama penginfak utama iaitu Hj Mohd Isa Bin Ahmad. Beliau dilahirkan di Sungai Tiram pada tanggal 25 April 1938 dan kini menetap di Bt 7 Lekir. Masjid yang menelan belanja sebanyak RM 7.25 juta ini terletak berhampiran jalan besar Lumut – Teluk Intan dan 8 kilometer dari Bandar Sitiawan. Mulai dibina pada tahun 2015 di bawah kuasa pemaju anaknya selaku kontraktor En. Yusuf Isa dan mulai beroperasi pada 05 Mei 2017. Solat diri Jumaat pertama diisythiharkan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Tuan Haji Zamri Hashim.

Masjid ini berkonsepkan 5 Rukun Islam. Kubah utama mewakili Rukun Islam pertama Syahadah manakala 4 menara yang lain mewakili Rukun Islam yang lain iaitu solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Reka bentuk binaan bercirikan rekaan moden dan berkonsepkan Arab. Bangunan asas Masjid yang dibina berbentuk 4 segi sama seperti bentuk Kaabah. Ruang tepi terdapat pohon tamar yg menggambarkan seperti Negara Arab.

Kemudahan :
Masjid Hj.Isa ini terdiri dari 4 blok utama :
1.Blok A – Masjid
2.Blok B – Dewan
3.Blok C – Tandas
4.Blok D – Pusat penyembelihan korban.

Selain itu masjid ini dilengkapi dengan 2 pintu utama di hadapan dan di belakang serta 3 pintu kecil di sebelah kiri dan kanan sesuai untuk kegunaan kariah. Masjid ini dibina 2 tingkat mempunyai Dewan Utama solat Jemaah berkapasiti 450 orang di bahagian sisi boleh menempatkan 350 orang dan bahagian bawah 700 orang. Jumlah 1500 orang dalam satu masa lengkap dengan pembesar suara, cctv, TV bagi kemudahan awam dan majlis ilmu. Kawasan luar Masjid di sediakan tempat pakir 85 buah kereta, 250 buah motorsikal dan 3 buah bas disediakan. Terdapat 4 buah kolah utk mengambil wudhu iaitu 2 kolah untuk lelaki dan 2 kolah untuk wanita. Bilik pengurusan Jenazah, kemudahan tandas dan bilik air, 1 tempat persalinan, 5 tandas dan 3 bilik air untuk lelaki dan wanita turut disediakan. Uniknya, turut terdapat kemudahan untuk OKU seperti tandas, tempat pakir dan tangga masjid khas.

Dewan :
Dewan pentadbiran terdiri dari ruang pejabat pentadbiran masjid bagi menempatkan fail-fail pentadbiran dan pengurusan masjid, bilik mesyuarat dan bilik pengerusi masjid. Dewan seminar untuk kegunaan kariah seperti tempat sukan, ceramah umum boleh memuatkan 200 orang peserta. Dewan makan dan ruangan memasak di bangunan berasingan dari bangunan utama masjid boleh digunakan untuk sewaan majlis perkhawinan.

Dataran :
Sementara Dataran yang berada di sebelah Masjid Haji Isa dikenali dengan nama Dataran Tok Gondah sempena mengambil nama Tuan Haji Ahmad Bin Laji orang yang membuka Kampung Lekir. Keutamaannya adalah bagi mengadakan majlis ceramah dan keagamaan.

Senarai Ahli Jawatankuasa Masjid Haji Isa Batu 8 Lekir

Penasihat : Tuan Haji Hashim Yeop Nordin
Pengerusi : Tuan Haji Ustz Abd Aziz b. Awang
Timb.Pengerusi : Tn. Hj. Zakaria Syariff
Bendahari : En. Yusuf Isa
Setiausaha : En. Mazwan Jamal
Pen.S/U : En. Zulkifli b. Harun
Ajk : Tn. Hj. Ahmad Junaidi Dakwahpdf
En. Saiful Nizam b. Md Zaki
En. Zulkafli Zainal Abidin
En. Abd Aziz Mat Yacob.
En. Mohd. Jamal Abu Bakar
En. Zainal Abidin Ismail
En. Khairul Badri Abd. Rahman
En. Nordin Ahmad
En. Kamarulzamman Abdullah Sani
En. Mohamad Hanif Jamin
Pn. Hajjah Asnah Othman
Pn. Noor Aishah Faresh

Pemeriksa kira kira :
Tn Hj Shamsul Bahrin Mokhtar
En. Zameeruddin Zamriy

Senarai pegawai masjid :
Ketua imam : Ustz. Hj. Ahmad Junaidi Mohd Said.
Imam : Ustz Mohd Hanif Jamin
Ustz Saifulnizam Md Zaki
Imam Rawatib : Tn Hj. Azzahari Musa
Tn Hj. Ramli Kassim
Imam Rawatib/Bilal : Tn Hj. Baharum Md. Diah.
Bilal : Tn. Hj. Abdul Rahim Shafie
Pem.Bilal : En.Mohd Basir Hussin
Pem.Bilal/Siak : En.Abd Aziz Mat Yacob.
Siak : En.Zuhdi Abd Majid
En.Zainal Abidin Iamail
Juruteknik : Tn. Hj. Rosli Md Ganti.

 

kredit info : FB Khairul Badri