|
TARIKH : 11 OKT 2023 |
TUJUAN :
- Menjalin kerjasama bersama agensi dalam membantu komuniti mendapatkan perkhidmatan terbaik dekat kepada mereka
- Menggalakkan usahawan setempat berniaga secara serius dengan mempunyai sijil sah perniagaan
- Membuka ruang geran perniagaan atau peluang-peluang bantuan perniagaan setelah mempunyai sijil SSM
- Memudahkan urusan pendaftaran secara lebih cepat dan terus daripada agensi berwajib
AKTIVITI : Para pengunjung dari komuniti setempat mengambil kesempatan mendaftar perniagaan serta memperbaharui lesen perniagaan bersama pegawai SSM. Selain itu, mereka juga menggunakan perkhidmatan Kaunter Bergerak KWSP untuk menambah caruman, mendaftar i-Akaun, cetakan penyata serta semakan caruman tambahan RM500 ke akaun 1.
_______________________________________________________________________