NORALIA BINTI ROSMAN
Melibatkan diri dalam NADI Mahir Masak Pengambilan 1, beliau akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Cooking Star Peringkat Kebangsaan 2024/2025. Kejayaan ini didorong oleh ketekunan beliau hadir dalam setiap kelas yang diadakan seminggu sekali dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan. Berpengalaman sebagai baker kecil-kecilan beroperasi dari rumah dan terlibat dalam pelbagai program demonstrasi masakan, ia merupakan penyumbang tambahan kepada kejayaan beliau. Didorong oleh rasa cinta kepada ilmu dan kemahiran, beliau turut terlibat dalam NADI Mahir Pengambilan Kedua dalam Mahir Gajet dan Mahir Jahit. Penglibatan ini menyakinkan beliau untuk lebih aktif bergiat dalam perkhidmatan pembaikan telefon yang telah bermula hampir 4 bulan lalu.





