mcmc
Kisah Kejayaan

2019 – KISAH KEJAYAAN QUARTER 2

KISAH KEJAYAAN 1 – USAHAWAN

 NAMA  KYAIRI BIN ABDUL GHANI
 UMUR  45 TAHUN
JANTINA   LELAKI
ALAMAT  JLN PERAK MEAT BATU 14 LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK 

 

Latar Belakang

En Kyairi telah menjalankan perniagaan nasi kukus ayam goreng berempah hampir 15 tahun. Setelah berpindah ke rumah kelaurganya di Lekir, beliau mengekalkan perniagaan beliau. Sehingga kini, tiada lagi mana-mana usahawan di sekitar Lekir yang mampu menandingi perusahaan beliau. Sebelum ini beliau aktif berniaga di pasar-pasar malam seperti di Lekir, Manjung dan Seri Iskandar. Kini beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menyewa gerai di Arena Peladang Manjung dan mempelbagaikan menu jualan beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitan RM500-RM700 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan beliau sekitar 200 orang di setiap pasar malam yang dikunjungi.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatab PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Lekir disamping pelbagai kemudahan yang disediakan disini, beliau kini semakin aktif mencari idea untuk menguatkan lagi jenama perniagaan beliau melalui pelbagai kaedah promosi seperti ppengedaran risalah, membuka Facebook Page sendiri dan mempelbagaikan kaedah pengiklanan. Pendapatan dan jumlah pelanggan beliau juga semakin bertambah sehingga beliau perlu mnggaji pekerja. Sebelum ini perniagaan tersebut hanya diusahakan bersama antara beliau dan isteri sahaja. Pendapatanya kini mencecah RM1000 hingga RM2000 sebulan.

 

KISAH KEJAYAAN 2 – KEUSAHAWANAN

 NAMA  MOHD FAIZAL IZLI BIN OSMAN
 UMUR  42 TAHUN
JANTINA   LELAKI
ALAMAT  KAMPUNG BATU 14 LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK 

 

Latar Belakang

En Faizal merupakan bekas pekarja swasta dan kini bergiat aktif menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya. Antaranya perniagaan penternakan ikan keli, jualan lemang sempena Aidilfitri, perkhidmatan sewaan PA Sistem dan pengacaraan majlis dan terkini membuka perniagaan jualan ikan segar.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000-RM3000 sahaja sebulan hasil daripada pekerjaan beliau di sektor swasta. Walaupun bergaji agak besar namun beliau tidak mendapat kepuasan dalam pekerjaan beliau.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Lekir, beliau semakin yakin untuk bergiat aktif dalam perniagaan beliau. Beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan giat mempromosikan aktiviti-aktiviti perniagaan beliau yang semakin mendapat sambutan. Pelanggan beliau juga tidak terhad kepada penduduk Lekir sahaja bahkan dari seluruh daerah Manjung dan diluar daerah. Beliau juga telah menjadi pengendali tetap untuk pelbagai program anjuran Pasar Tani Kekal Lekir. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000-RM4000.

 

KISAH KEJAYAAN 3 – CELIK IT

 NAMA  NUR ZARA IMAN BINTI ZAINAL ABIDIN
 UMUR  7 TAHUN
JANTINA   PEREMPUAN
ALAMAT  KAMPUNG BATU 14 LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK 

 

Latar Belakang

Seorang pelajar sekolah rendah di SK Sungai Tiram Lekir dan merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pengetahuan beliau hanya terhad kepada penggunaan gajet seperti telefon bimbit dan tablet yang digunakan sekadar untuk hiburan semata-mata seperti bermain dan menonton video.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lekir, Zara kini semakin menambahkan pengetahuan beliau dalam teknologi maklumat dan aktiviti sosial. Beliau semakin bijak menggunakan komputer untuk mencari maklumat, membuat pelbagai jenis latihan dan meningkatkan kemahiran sosial melalui aktiviti-aktiviti yang disertai.