mcmc
Kisah Kejayaan

2019 – KISAH KEJAYAAN QUARTER 1

KISAH KEJAYAAN 1 – USAHAWAN

 NAMA  ABDULLAH AYUB BIN ABD RASHID
 UMUR  44 TAHUN
JANTINA   LELAKI 
ALAMAT  PASAR TANI KEKAL LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK 

 

Latar Belakang

Encik Abdullah Ayub merupakan guru KAFA, bekas Ketua Kampung dan naib kadi bagi kawasan Lekir. Beliau bermula sebagai usahawan dengan membantu isterinya mempromosikan Homemade Pizza dan diedarkan di kawasan berhampiran mengikut tempahan. Beliau mula aktif sebagai peniaga makanan setelah mengusahakan gerai nasi lemak dan kari sembilang di Pasar Tani Kekal Lekir. Ikan sembilang yang digunakan juga merupakan hasil tangkapan beliau sendiri di kawasan Sungai Tiram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau banyak tertumpu hasil gaji sebagai guru KAFA dan elaun sebagai naib kadi dan ketua kampung manakala pendapatan jualan juga tidak menentu iaitu sekitar RM300 sebulan

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas aktif berniaga, beliau kini mampu menjana pendapatan sehingga hampir RM1000-RM2000 sebulan. Oleh yang demikian, beliau mula aktif mempromosikan produk beliau di laman sosial Facebook dan menghadiri program-program keusahawanan di kawasan berhampiran. Beliau juga bangyak merujuk Pusat Internet dalam membantu menambah baik pengurusan perniagaan beliau.

 

KISAH KEJAYAAN 2 – USAHAWAN

 NAMA  SITI NORHIDAYU BINTI AMIN
 UMUR  37 TAHUN
JANTINA   PEREMPUAN
ALAMAT  KAMPUNG BATU 14 LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK 

 

Latar Belakang

Puan Norhidayu telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebaik sahaja berkahwin dengan suaminya yang mengusahakan bengkel kimpalan dan kedai nurseri. Namun kini beliau hanya fokus kepada perniagaan penjualan bunga orkid dan menjadi stokis peoduk kosmetik Nurraysa dan produk makanan Legasi Mertua. Produk-produk ini hanya dijual di dalam talian.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pendapatan kerana hanya membantu suaminya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas berjinak-jinak dalam perniagaan dalam talian dan aktif memasarkannya melalui laman sosial Facebook, beliau mampu menjana pendapatan hampir RM500 sebulan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Lekir, beliau banyak memfokuskan kepada kaedah copywriting supaya status-status yang dimuatnaiknya mendapat perhatian pembaca. Beliau juga banyak berkongsi aktiviti seharinya yang berkaitan dengan produk jualan beliau seperti resepi masakan.

 

KISAH KEJAYAAN 3 – CELIK IT

 NAMA  RAHIMAH BINTI RAHIM
 UMUR  18 TAHUN
JANTINA   PEREMPUAN
ALAMAT  KAMPUNG BATU 14 LEKIR, 32020 SITIAWAN PERAK 

 

Latar Belakang

Rahimah merupakan pelajar lepasan SPM dan kini sedang menunggu keputusan kemasukan ke universiti tempatan. Sudah lama beliau menjadi ahli PI dan kerap terlibat dalam pelbagai program PI bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT beliau.

Sebelum Pengggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau mula menggiatkan penggunaan ICT dengan meneroka pelbagai maklumat dan peluang pembelajaran baru. Baru kini beliau menyedari bahawa komputer dan internet menyajikan pelbagai informasi berguna dalam meluaskan lagi potensi diri individu.